Tuesday, May 23, 2006

BUat Lelaki Bergelar SUami

Kata pujangga perempuan bagaikan anginlembutnya melenakanributnya menggusarkan Adakalanya mereka seperti ibumenyaji kasih, menghidang sayanga dakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahunya.Namun,merekalah insan yang terhampir teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini. Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )Psst....Tiba-tiba isteri merajukpandai-pandailah memujuk buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ?andainya emosi, belailah emosi itujangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebuDalam situasi inifikiran telah ditawan perasaansebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyumanMasih gagal ?cuba gunakan sentuhansemarakkan belaianMasih gagal juga ?Tunggu saja rajuknya reda,
emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan, jangan digoncang...... buat selamba. Lambat laun, gelombang akan tenang. Air dicawan akan dapat kita minum juaTapi awas.....kalau ternyata, rajuknya berfaktamasamnya berdata, geramnya berilmiah. Marahnya ada prima facieini rajuk taraf tinggi namanyaperlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima, mengaku lalu berjanji serta berikrar" Sayang abang tak ulang lagi "katakan " Sayang....abang alpa "bisikkan " Darling.. I lupa.."hulurkan tangan, pinta kemaafanpendekatan kasanova, tapi hati suciRajuk isteri seperti mangga muda perisanya masamtetapi...kalau kena cicahnyaenaknya akan terasa.ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin( ii )Arghh...tiba-tiba isteri merungutmalah kadangkala agak mengugutminta aksesori serta perabutminta Villa yang tersergam indahatau mahligai di lereng bukitsedangkan kita bukan Shah Jehanyang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanyaKatanya " Seabadi permata.... segermelapan intan " ...sedangkan ditangan kita cuma cincin tembagaAduh...peritnya mengukur cinta,dalam ukuran mayam atau menimbang setia,menerusi Bursa Saham papan utamakasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asingTiada guna menyesali diri,diakan dulu pilihan kita ?semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji,dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita,sudah takdir...permata yang dipilihperlu digilap semulaNamunputus asa jangan sekali,terimalah dia, dengan redha.justeru isteri pada hakikatnyaadalah bayang-bayang suamiwanita adalah tulang rusuk yang bengkok. Luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput
Katakan RM bukan segala-galanyalalu pada saat yang kudussetelah bersolat bersamabisikkanlah " Duhai isteriku...marilah kita bina perkahwinan inidengan cinta yang sejati,marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci,kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya. Padamu isteri, istanamu, di hati inipadamu sayangkalung cintamu, di jiwa ini."


( iii )Puuuh...Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di matausia meningkat kecantikan tergugatdulu yang kita lihat mulus kini beransur pupusbetis, tidak lagi bunting padipipi, bukan lagi pauh dilayangapakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?Jika berkurang, nyatalah cinta kitaselama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi. Itulah cinta sejati
Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunattapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang, Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampinkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apa lagi membandingkan isteri dengan perawanBukan masanya lagi merenung daratapi kini saat menghitung dosalalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakanhidup berdua, 'selepas' mati pun bersama


( iv )Uhhh....Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburuApa bukti setiamu suami ?Apakah tandanya hanya aku di hatimu? Kekadang disergahnya kitaketika keringat masih membasahbaru menjengah pintu rumahKetika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukanLalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlahSebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baikbukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tuasuami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan SayidinaUmar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita.Dia yang mencuci kain baju kitaDia yang membantu membersihkan rumah kita...lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

( v )Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. si diaku, si diamucinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kitaBicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteriatau kad ulang tahun perkahwinanatau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri.Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu. Salam kuhulurbuat menyapa hatimu nan luhur.Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhinikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itusangat tinggi maharnyaIsteri...tidak kutagih setia, sesetia Hawa.Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam. Terimalah kehadirankudi sudut tersuci di dalam hatimu.....seorang isteri.... yg baik jadikan tauladan yg tak baik tolak kebelakang.......

No comments: