Tuesday, August 26, 2008

KASIH BUAT ABAH..



KASIH BUAT ABAH

Abah baru meninggal 7/8/2008..12.15am dipangkuan aku dan dihadapan abgku, Adikku dan beberapa org ahli keluargaku..Apa yang ingin aku tuliskan sini adalah sekadar renunganuntuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan terus menabur jasa kepada mereka..alhamdulillah aku rasa puas sgt sbb dpt menjaga abah hingga ke saat die menutup matanya, aku masih lagi bersamanya.. aku tak sangka itulah kali terakhir aku membersihkan najisnya.. itulah kali terakhir aku berkhidmat utknya..walaupun pemergiannya terlalu berat utk aku lepaskan, namun sekurang-kurangnya pemergiannya tidak menimbulkan seribu kekesalan pada aku sbb tidak dpt menabur bakti membelanya...
aku puas, saat akhir pemergiaannya aku dapat seharian mengadapnya..aku dapat mendengar luahan hatinya..uh.. sememangnya kematian abah amat meninggalkan kesan kpd kami...yang amat mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan .....
kesian mak tak dpt mengadap saat akhir abah menghembuskan nafasnya..bila dimbas kembali..saat abah diambil begitu mudah dan pantas sekali..hinggakan mak yg didlm rumah yg sama pun tak sempat menatapnya...dan abah meninggalkan kami Anak-anak abah yang sememangnya masih memerlukan abah disisi.satu lagi peninggalan yg sgt besar dr abah kepada kami adalah merupakan impian dan cita2nya pada satu-satunya syarikat yg telah usahakannya sendiri dgn perit jerih titik peluhnya sendiri... Hidup kini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka.... pasti aku khabarkan pada mak dan abah. Kalau apa2 perkara semuanya kami akan rujuk pada abah... tak kire hal kat opis ke..hal ngan family ke..pasti saja nak diceritakan padanya..hinggakan abah pun kadang2 lupe yg anak2 abah ni semua dah besar panjang,walaupun cara abah didik kami dgn ketegasan tp penuh kasih syg dan perhatian..walaupun tegas tp kami dpt rasa dimanjakan.Aku tak bole lupe satu2 nya perkara yg pasti abah akan buat pada aku dr aku kecil sampai dah tua2 ni..kalau abah marah atau tegur aku...abah pasti akan pujuk aku..biarpun tadi abah marah aku sampai aku menangis beresak2 depan staff2 opis..tp aku confirm, abah akan panggil aku semula dan pujuk..abah akan apa nyatakan kesalahan aku yg buat abah marah dan dr situ aku akan akur dan mula berpkir sendiri.itulah cara didikan abah yg paling aku kagum...dr kecil lg aku akan diajar berpkir dgn kesalahan sendiri dan belajar utk tidak melakukannya lagi.uhh abah..istimewanya dirimu..

Syukur, abah pergi didlm pelukan aku yang sempat aku sampaikan lebih beberapa kali kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan adik aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya...... ini adalah kali kedua aku melihat kematian, slps pemergian nenek 5 tahun yg lepas....masih terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya yg redup memandangku.... abah menghembuskan nafas akhir dgn mudah dan tenang memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan didalamgolongan orang yang beriman. Syukur Alhamdulillah sembahyang jemaah abah juga dpat dilaksanakan sebanyak 3 kali di 3 tempat berlainan...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

3 hari sebelum pemergian abah...adalah hari jadi abah ke 55..aku igt lagi , pagi2 lagi aku dah carik abah..aku tgk abah nampak sgt letih ..abah sdg tidur..abah perasan aku dtg ...abah bangun dr tidur ..abah nampak gembira aku dtg,aku berbual lama dgn abah sblm kepejabat..abah bgtau tak lena tidur malam tu..sblm aku pergi aku sempat ucapkan selamat pjg umur utk abah..aku cium pipi abah..abah nampak sgt gembira..aku nampak titik jernih mengalir dr mata abah..aku doakan abah cepat sembuh..aku berniat utk celebrate ulangtahun abah ptg ni dirumah mak..

ptg tuh waktu aku pulang dr pejabat,abah telefon aku minta ambil abah..abah nak balik ke rumah mak..aku nyatakan aku akan ambil slps pulang dr melaka.sbrnya aku bercadang utk beli kek dan pizza utk celebrate abah.tp abah bertegas utk ikut..aku bawa juga abah ke bndr melaka, walaupun aku nampak abah sgt letih..kesian abah..abah dan suamiku menunggu aku dlm kerete sementara aku keluar membeli brg..sampai kerumah hampir maqrib..abah terlalu letih dan terus berbaring dikatil..aku bersiap2 dan menelefon semua adik beradik dan pakcikmakcik aku minta dtg slps magrib..aku nak abah nampak gembira..aku nak abah rasa dihargai...rasa disayangi..spt abah tak lupe menyambut hari kelahiran anak2 abah juga..
abah nampak sgt gembira...abah rasa semua mknn yg ada..abah senyum tanda bahagia..kami sempat merakamkan gmbr kenangan bersaama abah..semua ucapkan selamat pjg umur utk abah..cucu2 abah menyanyikan lagu pjg umur utk atuknya.. rupenye itulah kali terakhir kami menyambut hari jadi abah.
dua jam sebelum kematian ....aku sempat berbual dengan abah. Waktu tu abah mmg nampak dah makin sihat... dah selera makan..abah ckp abah tak boleh tidur dah beberapa hari ni..mlm n siang abah rasa takut..tp mata abah mengantuk..abah luahkan isi hati abah ttg keadaan sakit abah..abah suarakan apa yg abah rasa ttg sakit yg abah deritai selama beberapa lama ini..saat itu, aku nampak titik jernih mengalir dipipi abah.dgn lembut aku memujuk hati abah meminta abah terus bersabar..namun jauh disudut hati aku turut menangisi takdir abah..

Pastu... abah akan dimandikan dgn air wangian ubat yg sejak dr petang td aku didihkan dlm periuk besar..sbnnrnya hari ini adalah hari terakhir abah mengalami proses perubatan ahmar..abah perlu dimandikan utk kali terakhir bg membuang angin ahmar tersebut...aku ingat lg, waktu aku nak salinkan abah dgn seluar pendek utk mandi..abah menolak utk salin di tilamnya ..tp, nak salin di bilik mandi..waktu tu, abg aku bawa abah ke bilik mandi utk disiapkan..lepastu,aku kemaskan bilik mandi abah, dan buangkan najis kencing abah dr tiub ..waktu tu,aku tgk abah, masih lagi rasa sayu..entah kenapa..aku pun tak tau..
lepas abah mandi, Nur adikku pakaikan abah baju,..dan abah sempat minum susu segelas...aku dan nur angkat abah ketilam utk abah tidur..tp, sblm tidur sperti biasa aku akan pakaikan abah pampers,mudah utk abah kalau nak buang air, takperlu ke tandas die tengah malam.namun, waktu itu aku nampak abah ada buang air ..tanpa berlengah aku membersihkannya, dan saat itu la aku dpt lihat inila kali ketiga aku lihat abah kene sesak nafas..belum sempat kerje menyalin pampers siap, aku tgk abah sudah agak tidak selesa..waktu itu aku mula pkirkan serangan jantung abah..kata dr serangan jantung akan dtg bila2 masa tanpa rasa sakit..ini kerana penyakit angin ahmar yg dihadapi abah..waktu itu aku , abg emi dan nur cuba utk bawa abah kehospital.namun, malangnya aku halang kerana aku lihat keadaan abah seolah agak terlambat.aku dan yg lain seolah tak nak melepaskan abah..aku cium abah semahu2nya..aku peluk abah ..aku tak pernah rasa sehiba ini..

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring saja.

Pertama kali.... kami mandikan jenazah abah, pertama kali, kami sembahyangkan jenazah abah. Pertama kali.... kami naik van jenazah, pertama kali.... kami buat sijil kematian, pertama kali.... kami tak tidur 2 hari, pertama kali.... kami asyik menangis, pertama kali.... kami menimbus kubur, pertama kali.... kami menjirus air mawar, semuanya pertama kali........... Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.
Adik beradik lelakiku, memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil hingga la skrg aku selalu dan tak malu mencium abah...aku igt lagi org kata, dah besar2 tak elok cium abah ..tp, aku dan adik beradik tak pernah rasa malu dan tetap suka mencium abah dan mak..aku rasa tak perlu utk malu pada org yg kita syg..sementara hayatnya la perlu kita mempamerkan kasih syg ini..biar die tau kami menyayanginya ...
Pesan abah yang tak akan aku lupe sampai bila2, "ingat,skrg kita berada diatas,tp jgn sesekali kita jgn lupe memandang kehidupan org yg dibawah kita, satu hari nanti bila Allah letakkan kita ditempat mereka. sekurang2nya kita tak akan kekok menghadapinya"..

Ya Allah..tuhan segala alam... adik beradik lelaki ku mengangkat jenazah abah...........dan mengebumikannya. hati ini terlalu sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.
Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong...... setelah 32 tahun hidup bersama abah......kini mak keseorangan.
Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang baik hati,alim, terlalu pemurah, tegas,dan seorang ketua yg sgt disegani ramai...terlalu byk amal kebajikan yg abah salurkan utk saham akhiratnya..abah paling suka menolong org dlm kesusahan, sekali pun tak pernah ditolaknya.
Aku selama ini jarang meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah aku hormat sgt dan aku menunjukkan rasa syg aku padanya sama mcm abah tunjukkan syg abah pd kami dgn cara caring dan memanjakan..

Abah sayang anaknya..... mmg nampak sgt melalui perhatiannya, caring ..namun kadang2 ketegasan abah masih tak bole dinafikan...sebab abah lebih suka mendidik anak dgn cara displin..ketegasan.. abah tak pernah lupe tarikh penting kami sekeluarga..abah akan sentiasa igt hari lahir anak2nya..aku igt lg hadiah harijadi takpernah abah lupe pada kami..paling kecil pun abah akan belanja kami mkn kek ..abah pernah ckp tarikh penting inilah lambang kasih syg kita..tarikh penting inila buatkan seseorang rasa dihargai..
ramai org ckp...abah kamu ini terlalu banyak kebajikannya..moge die selamat disana..

Abah tak pernah tau penat ...aku ingt lagi, sedari aku kecil hingga aku besar,aku tak pernah lihat abah duduk bersantai kosong..pasti ada saja kerje dibuatnya..mcm2 perkara yg abah pikirkan utk perniagaannya..dr awal perniagaannya sehinggalah akhir hayatnya..takpernah kosong pikirannya dr berpkir..seawal pagi abah keluar rumah utk bekerja, selewat malam baru abah balik. bila dirumah bukan abah terus tidur..abah sambung lagi melakar ideanya dikertas..sampai la ke pagi..Abah terlalu cerewet dgn kerje..semua hasil kerje abah mesti teratur dan kemas, aku igt lagi, bila due date utk aku atau kakitangan abah hantar report opis pada abah, abah tak akan jemu menegur format report aku yg tidak kene pada matanya..aku dan semua kakitangan abah dah faham sangat dengan abah.. abah mmg seorang yg rapi dan details.

YaALLAH.... aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa Abah......mampukah aku melakukan semua kerje ini berseorangan..kalau dulu abah adalah mentor merangkap penasihat aku..tp skrg,..aku dah hilang abah..siapa yg akan didik aku sebaik abah..ilmu perniagaan yg aku ada skrg semuanya dtg dr abah..mana mungkin aku lakukannya sendiri tanpa abah disisi..Ya ALLAH.. kau bantula aku..
"Waktu hari pemergian abah, hujan turun selebatnya seolah sama2 menangisi pemergian abah""waktu abah dimandikan dah bersih..."sedikit najis pun takder, bersih "... perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah....

YaAllah... sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku .... Talkin buat abah masih segar... "Wahai Polan Bin polan...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar" dan, kita yang hidup akan pergi juga.... Lelaki berat tanggungjawabnya.... suami menanggung dosa isteri dan anak-anak.... isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.
Pemergian abah memberi seribu hikmah kepada perubahan yg lebih baik kepada kami sekeluarga,kalau dulu kami mgkn sedikit alpa dgn nikmat dunia..kini Alhamdulillah Allah kurniakan hidayah buat kami sekeluarga..Mak juga seorang yang solehah.... aku yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..

Aku juga yakin, kalau abah ada skrg dan dpt melihat perubahan yg lebih baik pada anak2 abah..pasti abah rasa bertambah bahagia. Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada mak dan abah.... Ingatlah..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir. Dan pamerkan kasih syg tanpa selindung...Tunjukkan..... **Sayangi lah orang tua mu selagi mereka masih ada..... **

No comments: